Pergerakan Matawang Forex Sesi Eropah Setakat Ini

56

Dolar masih di dagangkan berhampiran paras terendah 15-bulan pada sesi Eropah kerana fokus para pelabur kini tertumpu kepada data-data yang bakal di keluarkan oleh US pada Jumaat nanti.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama yang lain, berada pada paras 92.83 setakat jam 4.00 petang, selepas jatuh 92.64 semalam, paras terendah sejak bulan Mei 2016.

Greenback tertekan dengan pergolakan politik yang berlaku di Amerika dan juga laporan-laporan ekonomi yang tidak memberansangkan. Hal ini menimbulkan keraguan di kalangan pelabur berkenaan perubahan polisi monetari oleh Federal Reserve. Jangkaan bahawa pengetatan polisi tidak akan berlaku semakin meningkat.

Para pelabur akan meneliti lebih dekat data-data pekerjaan US terutamanya nonfarm payrolls (NFP) pada hari Jumaat nanti, sebagai petunjuk arah polisi Fed yang bakal di keluarkan.

Matawang USDJPY meningkat 0.31% kepada 110.69, melonjak keluar daripada paras tujung minggu terendah, 109.92 pada hari Selasa.

Selain itu, laporan nonfarm payrolls daripada ADP yang mengumpulkan data-data pekerjaan sektor swasta serta ucapan daripada Presiden Fed Cawangan San Francisco, John Williams dan Ketua Fed Cleveland, Loretta Mester, malam ini turut menjadi tumpuan.

Euro berada di paras tertinggi dua tahun setengah berbanding dolar. Pasangan matawang EURUSD meningkat 0.3% kepada 1.1836

Permintaan terhadap euro berterusan apabila bank pusat Eropah (ECB) di jangka akan mengurangkan ransangan polisi monetarinya pada musim luruh kerana ekonomi di lihat sudah semakin baik.

Sterling (GBPUSD) pula meningkat sedikit 0.13% kepada 1.3223, menghampiri paras tertinggi sepuluh bulan yang lalu.

Kiwi (AUD) dan loonie (CAD) juga melemah berikutan harga pasaran minyak menurun, memberi tekanan kepada matawang yang berkaitan dengan komiditi

AUDUSD susut 0.14% kepada 0.7957 manakala USDCAD meningkat 0.29% kepada 1.2574. Matawang kiwi pula jatuh 0.47% kepada 0.7433 selepas data yang lemah pada kadar pekerjaan dan pendapatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat