Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang dan Komoditi Dalam Pasaran Eropah

61

 

 

Forex

Matawang Australia dolar menyusut berbanding U.S dolar pada hari Rabu. Manakala New Zealand dolar mengukuh berbanding U.S dalam sesi dagangan Eropah.

AUD menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.7570 berbanding U.S dolar setakat jam 05.10 petang

AUD menyusut walaupun laporan data positif.

  • Penyusutan ini berikutan minit mensyuarat bank pusat (RBA) yang menyatakan kerisauan terhadap pertumbuhan pendapatan yang perlahan.
  • Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Australia melaporkan data pembinaan meningkat 15.7% pada tahun suku tahun ketiga.

Matawang NZD juga mengukuh sebanyak 0.13% kepada 0.6837 setakat jam 05.10 petang. Bacaan ini melebihi bacaan tertinggi 17 bulan lalu pada 0.6780.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.19% kepada 93.70 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Rabu

Pasaran kini memberi tumpuan pada minit mesyuarat FOMC pada hari Rabu.

Minyak

Harga minyak mengukuh sehingga 1-2 peratus pada hari ini dalam sesi dagangan Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 1.87% kepada $57.89 ssetakat jam 05.10 petang. Harga semasa kini melepasi paras tertinggi dua tahun lalu iaitu di $56.24 setong.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 1.01% kepada $63.21 setong setakat jam 05.10 petang. Harga kini semakin hampir kepada harga tertinggi 2 setengah tahun lalu iaitu pada $64.65 setong.

  • Pengukuhan ini didorong kejatuhan pengeluaran minyak mentah daripada Kanada ke U.S.
  • Berdasarkan kenyataan TransCadana Corp, mereka akan memotong pengeluaran sehingga paras 85% iaitu pada 590,000 tong setiap hari.

Pelabur kini memberi tumpuan pada data inventori minyak mentah U.S.

Emas

Harga emas naik dalam pasaran Eropah pada hari ini.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik sebanyak 0.27% kepada $1,285.18 per auns setakat jam 05.10 petang.

  • Peningkatan ini didorong penyusutan U.S dolar.
  • Pelabur kini memberi tumpuan pada minit mesyuarat FOMC pada hari ini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat