Pergerakan Semasa Pasaran Setakat Pada Awal Sesi New York

788

Matawang berkadar faedah tinggi AUD dan NZD dilihat meneruskan kenaikannya pada Jumaat selepas data tumpuan NFP dikeluarkan pukul 8.30 malam tadi. US dollar pula meneruskan kejatuhan apabila data pekerjaan Amerika Syarikat itu dinilai sebagai kurang memberangsangkan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain semakin lemah pada awal sesi New York dengan merekodkan kejatuhan 0.52% setakat pada pukul 9.57 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.57% dengan GBP/USD naik 0.33%. USD/JPY setakat ini pula susut 0.15%, USD/CAD susut 0.18% dengan USD/CHF jatuh 0.44%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.47% dan 0.63% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah NZD dan matawang paling lemah adalah JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/JPY membuat kenaikan sehingga 0.53% setakat ini.

Matawang US dollar melemah selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi dengan kombinasi tiga data pekerjaan yang kurang memberangsangkan.

Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan pekerjaan sebanyak 213,000 di Amerika Syarikat berbanding jangkaan 195,000 di mana kadar gaji (Average Earnings) merekodkan bacaan kurang daripada jangkaan. Kadar gaji hanya meningkat 0.2% lebih rendah berbanding jangkaan 0.3%. Apa yang menambah kelemahan US dollar pada awal tadi adalah data kadar pengangguran yang semakin buruk kerana meningkat kepada 4.0% daripada 3.8% sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat