Perkembangan Positif Di China Bantu Bursa Dibuka Tinggi

106

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2 mata pada 1,539.83 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,537.83.

Indeks dibuka kukuh 1.34 mata pada 1,551.24.

Bursa dibuka tinggi selepas menjejaki sentimen semalaman yang positif dari China yang akan melonggarkan sekatan Covid-19 seterusnya merangsang selera pelabur.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 152 mengatasi kaunter rugi pada 133, manakala 258 kaunter pula tidak berubah, 1,712 tidak didagangkan dan 9 digantung.

Jumlah perolehan pada 202.12 juta unit bernilai RM67.43 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan KLCI menyusut buat 3 sesi berturut-turut apabila pelabur dilihat mengambil keuntungan dari wajaran tinggi perbankan, teknologi dan tenaga.

Ulasnya, bursa dalam kesediaan untuk pemulihan yang sederhana hasil sokongan aktiviti bargain-hunting pada saham komoditi dan teknologi sungguh pun masalah inflasi dan krisis Rusia-Ukraine kekal berpanjangan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd dan IHH Healthcare Bhd naik 1 sen pada RM8.89, RM4.59 dan RM6.51 sementara Petronas Chemicals Group Bhd dan CIMB Group Holdings Bhd kurang 1 sen pada RM9.98 dan RM5.09.

Saham aktif memperlihatkan Yew Lee Pacific Group Bhd yang membuat debut di ACE Market tambah 1 sen pada 29 sen, G3 Global Bhd capai 1.5 sen pada 6 sen, Cocoaland Holdings Bhd naik 17 sen pada RM1.45 dan Serba Dinamik Holdings Bhd lonjak 0.5 sen pada 12 sen sementara Iris Corp Bhd susut 0.5 sen pada 16.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 22.13 mata pada 11,035.07, indeks FBMT 100 menambah 13.5 mata pada 10,716.23, indeks FBM Emas Shariah mencanak 22.01 mata pada 11,386.50 dan FBM 70 mengumpul 15.23 mata pada 13,339.42 sementara FBM ACE menyusut 4.83 mata pada 5,267.12.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan memacu 40.16 mata pada 16658.95, indeks Perladangan menambah 31.87 mata pada 7,943.50 sementara indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.12 mata pada 199.65.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat