Perlumbaan Pelonggaran Polisi Besar-Besaran Bermula Minggu Ini

331

Sentimen pasaran dilihat semakin berisiko untuk permulaan dagangan minggu ini selepas pengumuman kecemasan oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang menurunkan kadar sebanyak 75 mata asas ke paras 0.25%, disusuli pengumuman kecemasan kali kedua Federal Reserve (Fed) dengan penurunan lebih besar kadar kepada 100 mata asas ke paras 0.25%.

Pada awal pagi Sabtu lalu, bank pusat Kanada turut mengumumkan penurunan kadar faedah kecemasan sebanyak 50 mata asas dari 1.25% kepada 0.75%.

Eropah kini menjadi kawasan terbaru penularan drastik virus pandemic COVID-19 dengan kes di Itali dan Sepanyol tampilkan angka yang meningkat. Kes kematian akibat Coronavirus di Itali terkini dilaporkan meningkat kepada 1,809 korban.

Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell dalam ucapannya ketika pengumuman polisi awal pagi ini berkata Coronavirus sedang memberi kesan yang buruk terhadap ekonomi Amerika Syarikat bahkan di seluruh dunia.

Bank-bank di Amerika Syarikat masih kukuh dengan modal dan kecairan yang tinggi. Namun kesan penularan virus yang membimbangkan akan meningkatkan kesan buruk terhadap ekonomi jangka masa pendek selain menjejaskan sektor eksport Amerika Syarikat.

Oleh itu, bank pusat mengumumkan pelonggaran polisi dengan suntikan dana bernilai 700 bilion USD ke dalam ekonomi. Fed tidak melihat kadar faedah negatif adalah bersesuaian untuk polisi Amerika Syarikat.

Fed juga meramalkan kadar inflasi semasa akan mengalami kejatuhan akibat kesan penularan wabak Coronavirus ini.

Data pengeluaran perindustrian China yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini memberikan kesan gambaran kemerosotan yang ketara pada ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Pengeluaran perindsutrian mencatatkan kejatuhan -13.5% jauh lebih rendah berbanding jangkaan penurunan -3.0%. Angka tersebut juga merekodkan kejatuhan terbesar sejak 1990.

Pelaburan aset tetap dan jualan runcit turut mencatatkan angka kejatuhan yang begitu ketara. Kadar pengangguran meningkat kepada 6.2% berbanding 5.2% sebelum ini.

Pasaran kini menantikan keputusan mesyuarat kecemasan oleh Bank of Japan (BoJ) untuk penetapan kadar faedah serta polisi monetari yang dijangka akan mengikuti jejak langkah bank pusat yang lain dengan meningkatkan pelonggaran dasar.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat