Permintaan Global Yang Kukuh Mendorong Peningkatan Eksport Jepun Sejak November 2013

366

Penghantaran kenderaan dan barangan elektronik yang melonjak pada bulan Ogos, membantu eksport Jepun naik dengan cepat sejak empat tahun lalu, menjadi salah satu bukti bahawa permintaan antarabangsa masih kukuh untuk menyokong perkembangan ekonomi negara Jepun.

Eksport yang naik sebanyak 18.1 peratus tahun ke tahun merupakan peningkatan tertinggi sejak November 2013, dan melebih jangkaan median yang melihat kenaikan sekitar 14.7. Dengan eksport bulan Julai lalu yang turut meningkat sebanyak 13.4 peratus, menjadikan hasil eksport Jepun berkembang sembilan bulan berturut-turut.

Pertumbuhan eksport dilihat mungkin akan berterusan dengan ekonomi global yang kukuh, menambahkan keyakinan ahli bank pusat Jepun (BoJ) terhadap keadaan ekonomi mereka ketika ini.

BoJ dijangka akan mengekalkan dasar monetari pada mesyuarat yang berakhir hari Khamis esok berikutan inflasi masih lemah walaupun data menujukkan ekonomi akan berkembang kukuh di masa hadapan.

Antara faktor yang mendorong peningkatan eksport Jepun adalah penghantaran kenderaan, bahagian kenderaan dan peralatan pembuatan semikonduktor ke pasaran Amerika Syarikat yang melonjak pada bulan Ogos sebanyak 21.8 peratus berbanding 11.5 peratus pada bulan Julai.

Import juga meningkat kepada 15.2% pada unjuran tahun ke tahun bagi bulan Ogos berbanding kenaikan jangkaan median 11.8%. Imbangan perdagangan (trade balance) juga menunjukkan lebihan sebanyak ¥113.5 billion.

Yen sedikit menguat berbanding dolar US selepas data dikeluarkan dengan USD/JPY kekal di bawah harga pembukaan pasaran hari ini, susut 0.09% atau 10 pips kepada ¥111.50 pada jam 12.15 tengahhari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat