Permintaan SEC Ditolak Hakim AS, Binance US Hembus Nafas Lega!

452

“Nasib baik boleh selesai cara baik, selalunya SEC ni susah untuk dipuaskan.”

Binance US mampu bertenang semula susulan hakim persekutuan menolak permintaan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang ingin membekukan aset bursa mata wang kripto tersebut.

Menurut Hakim Daerah AS Amy Berman Jackson pada 13 Jun 2023, Binance US dan SEC bersetuju untuk tidak membekukan aset susulan berhasrat melindungi berbilion dolar dana pelanggan walaupun tuntutan mahkamah masih diteruskan.

Semasa perbicaraan semalam, Jackson berkata bahawa beliau tidak perlu lagi memutuskan sama ada permintaan SEC untuk mengenakan perintah sekatan sementara harus dilakukan ataupun tidak jika kedua-dua pihak sudah mencapai kesepakatan bersama.

Secara konteks, SEC telah meminta perintah untuk membekukan dana Binance US sejurus selepas memfailkan tuntutan mahkamah terhadap bursa kripto tersebut atas kesalahan melanggar undang-undang sekuriti persekutuan.

Bagaimanapun, Binance US menentang sekeras-kerasnya dengan menyatakan bahawa menyekat aliran dana bukan sahaja melumpuhkan perniagaannya malah para pelangganya akan mengalami sejumlah kerugian.

Seterusnya, peguam bursa kripto tersebut turut berhujah Binance US perlu mempunyai dana mencukupi untuk menampung perbelanjaan perniagaan biasa seperti pembayaran gaji, sewa, vendor dan pelesenan software.

Oleh demikian, Binance US mencadangkan pelan melibatkan pemindahan kripto pelanggan AS ke wallet baharu dengan kunci peribadi baharu, di mana wallet itu hanya akan dikawal oleh pegawai berpangkalan di AS.

Sebagai sebahagian daripada rancangannya, Binance US meminta kebenaran untuk terus membayar pekerja dan menampung perbelanjaannya tetapi ia beri jaminan tiada aset akan dipindahkan untuk memanfaatkan bursa kripto itu tanpa kelulusan hakim.

Rentetan itu, SEC meminta Binance US membawa balik aset pelanggannya ke AS susulan dengan cara ini boleh mengendalikan pengeluaran pelanggan dan berada di bawah kawalan entiti tidak dikawal oleh Changpeng Zhao (CZ).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat