Persidangan G7 Hambar – Trump (US) Dan Trudeau (Kanada) Saling Mengancam

783

Presiden A.S., Donald Trump menggabaikan usaha G7 sehingga menyebabkan perjumpaan tersebut berkecamuk selepas bertikam lidah dengan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, sambil beliau menyatakan bahawa beliau akan menggandakan tarif import.

Hasil dari persidangan itu hanya berjaya mencapai kesepakatan yang sedikit dalam isu perdagangan dengan Donald Trump.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dalam pernyataannya kepada media mengatakan, bahawa beliau akan melakukan tindakan balasan pada bulan hadapan sebagai reaksi atas tanggapan keputusan Trump yang menerapkan tarif import keluli dan aluminium kepada Kanada, Mexico dan Kesatuan Eropah (EU).

“Kami orang Kanada, kami seorang yang sopan dan rasional tetapi kami juga tidak boleh dipaksa,” – Kata Trudeau.

Setelah meninggalkan Kumpulan Tujuh sidang kemuncak di Kanada awal, Trump mengumumkan bahawa beliau menarik kembali dukungan terhadap pernyataan rasmi bersama yang dihasilkan di persidangan G7 dan menyelar tindakan Trudeau sambil menuduh Kanada “tidak jujur”.

Menurut Trump yang dikutip oleh CNBC, “PM Justin Trudeau dari Kanada bertindak begitu lemah lembut dalam pertemuan negara G-7, namun setelah saya pergi beliau mengatakan dalam sebuah persidangan media bahawa, ‘Tarif Amerika agak menghina dan dia tidak ingin ditekan’. Sangat tidak jujur dan lemah,”

Trump juga mengatakan menanggapi pernyataan Trudeau dan menyebutkan beliau “telah berbohong” persidangan media dan merupakan fakta bahawa Kanada mengenakan tarif yang tinggi kepada para petani, pekerja dan syarikat US.

Trump juga mengugut bahawa beliau mahu melimpatgandakan tarif import dan hal itu dapat memberi impak negatif terhadap industri automotif.

Serangan tersebut menyebabkan harapan bagi Kanada untuk menghindari pengenaan tarif keluli dan aluminium dari US atau merundingkan kembali perjanjian NAFTA semakin pudar.

Walaubagaimanapun, Kesatuan Eropah mengatakan akan tetap mendukung pernyataan rasmi G7 bersama, walaupun ditolak oleh Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat