Perubahan Trend Harga Untuk EUR/USD Minggu Ini?

851

Memulakan dagangan pada awal minggu ini, US dolar bergerak susut selepas kekecewaan pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu memberi impak negatif terhadap US dolar.

US dolar menyusut berbanding mata wang utama lain dalam pasaran berikutan pelabur kembali melepaskan pegangan US dolar selepas sepanjang minggu lalu mempamerkan pengukuhan.

Harapan terhadap keyakinan pemulihan ekonomi AS kembali pudar selepas melihat sektor pekerjaan yang masih terjejas. Namun penganalisis turut menjangkakan situasi penyusutan US dolar berkemungkinan bersifat sementara.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang utama EUR/USD, harga kembali melonjak semula selepas penurunan sepanjang minggu lalu mencecah ke paras terendah sekitar 1.19500.

Berdasarkan corak pergerakan harga, terdapat petunjuk perubahan trend selepas harga mula melonjak melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Melepasi rintangan pada paras 1.20000, harga meneruskan kenaikan pada penghujung dagangan sesi New York minggu lalu sehingga ke paras SBR (support become resistance) 1.20550.

Menyambung dagangan pada awal sesi Asia bagi permulaan minggu ini, harga sedikit susut dari paras tersebut dengan pergerakan harga dilihat masih perlahan.

Data pengeluaran perindustrian Jerman yang akan diterbitkan pada sesi Eropah dilihat akan memacu pergerakan harga pada carta EUR/USD hari ini.

Jika harga kekal meneruskan kenaikan, zon SBR 1.20550-1.20900 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan harga akan menuju pula ke zon rintangan 1.21800.

Sebaliknya jika harga menjunam semula, paras sokongan dilihat pada paras 1.20000 sebelum penurunan lebih rendah akan menguji paras terendah minggu lalu pada 1.19500.

Seterusnya zon support utama pada 1.19000 akan menjadi destinasi tumpuan harga pada trend harga yang kekal menurun.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat