Petanda Positif! Sweden Terima Tawaran Perkhidmatan Kripto Oleh Binance!

92

“Hebat betul pengaruh Binance ni, negara lain tetap percaya walaupun dikelilingi berita negatif.”

Syarikat gergasi exchanger mata wang kripto Binance akhirnya menerima kelulusan daripada Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan (FSA) Sweden untuk mengurus dan memperdagangkan aset digital di negara tersebut.

FSA dilaporkan telah memberikan status pendaftaran digelar Binance Nordics AB* pada 10 Januari kepada syarikat tersebut yang berbulan-bulan menunggu untuk mendapatkan kelulusan itu.

*Syarikat Swedish Private Limited yang menawarkan perkhidmatan digital kepada mereka yang mencari bantuan untuk proses permohonan belajar di negara-negara Nordic

Suka dimaklumkan bahawa kini Binance dapat menawarkan penduduk Sweden mengakses perkhidmatan kripto seperti pembelian atau penjualan secara mudah tanpa sebarang rintangan.

Menurut Roy van Krimpen, peneraju Binance di Sweden mengarahkan Binance Nordics AB untuk menerima pakai sepenuhnya undang-undang EU dan keperluan lain agar sistemnya sama seperti piawaian yang ditetapkan.

Tambahnya lagi, beliau berhasrat tingkatkan pelancaran operasi tempatan, mengupah pekerja yang berpengetahuan dalam aset digital dan tidak dilupakan juga menyampaikan lebih banyak pendidikan mengenai kripto di Sweden.

Selain daripada Sweden, pengawal selia di negara Perancis, Bahrain, Sepanyol dan Dubai turut memberi kelulusan serupa untuk Binance pada tahun 2022.

Meskipun begitu, pihak berkuasa di negara Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Kanada dan Jepun memberi amaran kepada kebanyakan individu supaya berhati-hati jika ingin melabur di Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat