Potensi Penurunan Pada AUD/USD Berikutan Pasaran Perumahan Australia Yang Merosot

535

Matawang komoditi dolar Australia bakal berdepan risiko dagangan dalam pasaran semasa berikutan terkesan oleh pasaran perumahan yang semakin merosot.

Laporan terbaru daripada Moody’s Investor Service menyatakan berkenaan pasaran perumahan di Australia dan juga impak keseluruhan terhadap ekonomi di negara tersebut.

Harga rumah di Australia merudum 7.7% pada tahun ini. Unjuran bag harga rumah di Sydney menurun kepada -9.3% untuk tahun 2019 sementara di Melbourne pula, ramalan harga rumah akan jatuh lebih rendah kepada -11.4% pada tahun ini.

Melihat kepada trend perbelanjaan di Australia semakin menyusut memandangkan pengguna lebih memilih untuk membuat simpanan ekoran pertumbuhan gaji yang perlahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Faktor-faktor tersebut bakal menyumbang terhadap pergerakan yang lemah pada dagangan Aussie dalam masa terdekat. Namun, harus dilihat juga pada sentimen pasaran semasa yang turut mempengaruhi permintaan dolar AUD dalam pasaran.

Sementara USD mula melemah sejak dagangan semalam selepas kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global semakin reda. Di samping itu juga, USD sebelum ini turut terkesan berikutan data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat yang merosot.

Laporan data pekerjaan NFP minggu lalu positif, namun kejatuhan pada purata pendapatan di Amerika Syarikat akan turut memberi kesan terhadap dagangan USD. Tumpuan pada minggu ini akan beralih kepada data inflasi dan juga minit mesyuarat FOMC yang lalu.

Jika dilihat pergerakan harga pada pasangan matawang AUD/USD, harga pada dagangan semalam mencatatkan kenaikan sehingga ke paras resistance pada 0.71300 di mana paras tersebut masih gagal ditembusi harga yang diuji sejak penghujung dagangan Mac lalu.

Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi melepasi paras resistance tersebut, jangkaan kenaikan harga pada AUD/USD boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 0.71800 berhampiran paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Kenaikan tersebut bakal mencatatkan sekitar 50 pips pergerakan harga ke paras lebih tinggi melepasi paras ketinggian harga yang dicapai pada Mac.

Namun jika harga kembali menunjukkan penurunan, harga berpotensi turun ke paras sekitar support 0.7071 (MagicS2) untuk harga menguji paras tumpuan tersebut.

Penurunan lebih rendah harga bakal menguji paras terendah sebelum ini di sekitar paras support 0.7054 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line dan mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 0.7098, 0.7071, 0.7054.

Paras resistance: 0.7141, 0.7158, 0.7185.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat