Pound Melonjak Berikutan Ahli Parlimen Dijangka Menolak Pengunduran UK Dari EU Tanpa Perjanjian

1,005

Pasaran hari ini bermula dengan sentimen yang kurang baik terutamanya pada sesi dagangan Asia yang gagal mengekalkan prestasi baik sebelum ini apabila para pelabur kembali bimbang terhadap perkembangan ekonomi global serta ketidaktentuan dalam krisis Brexit.

Kalendar ekonomi hari ini, indeks harga pengeluar di Jepun menaik 0.8% pada Februari 2019, meningkat daripada 0.6% sebelum ini dan mengatasi jangkaan pasaran untuk kenaikan sebanyak 0.7%. Dengan data domestik yang meningkat serta sentimen pasaran yang melemah, Yen didagangkan baik hari ini.

Sementara itu, Aussie antara matawang yang merosot dalam sentimen pasaran semasa dan indeks sentimen pengguna di Australia dilaporkan meleset sebanyak 4.8% untuk bulan Mac daripada 4.3% kenaikan pada bulan sebelumnya. Ini merupakan bacaan yang terendah sejak September 2017 ekoran kelembapan ekonomi domestik khususnya di pasaran perumahan.

Dalam perkembangan di zon Eropah, data pengeluaran industri ukuran tahun-ke-tahun jatuh sebanyak -1.1% pada Januari 2019 namun ianya meningkat daripada kejatuhan sebelum ini iaitu -4.2%.

Menyentuh berkenaan perkembangan Brexit, Parlimen UK telah menolak usul Brexit Kerajaan Theresa May dengan undian 242-391 semalam dan hari ini ahli parlimen bakal mengundi sama ada Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah dengan perjanjian (soft-Brexit) atau tiada perjanjian (hard-Brexit). Setakat ini, pasaran menjangkakan ahli Parlimen bakal memilih untuk soft-Brexit dimana hal ini bakal memberi kelebihan kepada Pound Sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat