Pound Pamer Prestasi Lemah, GBP/USD Bakal Teruskan Penurunan Menjelang Data GDP UK?

666

Antara matawang utama yang mempamerkan prestasi yang lemah semalam adalah Pound Sterling dengan penyusutan pada carta harga khususnya berbanding US dolar.

Tekanan bagi matawang Britain tersebut adalah didorong oleh ketidakpastian pada keputusan Perdana Menteri UK Boris Johnson dengan langkah untuk pembukaan semula ekonomi dalam situasi perintah berkurung masih berkuatkuasa.

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak mengumumkan bahawa program rangsangan pembayaran gaji bagi rakyat UK yang terkesan oleh impak COVID-19 akan dilanjutkan sehingga penghujung Oktober.

Ini bermaksud kerajaan akan terus menyalurkan bantuan kepada 7.5 juta waga UK dengan menelan belanja sekitar £14 bilion sebulan walaupun Sunak turut mengharapkan agar syarikat-syarikat turut berkongsi pembiayaan kos yang terlibat bermula Ogos.

Pound jelas bergerak lemah berbanding US dolar walaupun US dolar mengalami penyusutan pada sesi New York semalam susulan data indeks harga penggunan Amerika Syarikat pada April mencatatkan penurunan dan merupakan yang terbesar sejak 2008.

Meneliti carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga memulakan dagangan pada sesi Asia dengan penurunan awal sebelum membuat kenaikan sekitar 90 pips sehingga ke sesi Eropah.

Menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa jam pergerakan harga sekitar paras ketinggian 1.23740, harga kemudiannya kembali membuat penurunan semula sehingga dagangan bersambung ke sesi pasaran New York.

Penurunan sekitar 120 pips tersebut menguji zon support sekitar paras tumpuan 1.22500 sehingga penghujung sesi.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini, harga menguji paras 1.22500 namun dilihat gagal menembusi paras tersebut.

Kenaikan harga dilihat akan menguji halangan dinamik MA50 jika ingin meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi melepasi paras ketinggian semalam sebelum menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 1.24000.

Namun jika penurunan harga diteruskan, harga yang melepasi paras support 1.22500 akan mencatatkan paras terendah terbaru menuju paras jangkaan pada 1.22000.

Dagangan Pound pada hari ini bakal dipacu oleh data pertumbuhan GDP suku pertama 2020 serta data-data ekonomi UK yang lain pada awal sesi Eropah bermula.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat