Pound Raih Penguasaan Namun GBP/USD Masih Gagal Tembus Tembok $1.36400

358

Pada carta harga pasangan matawang GBP/USD, matawang Pound dilihat sedikit mengukuh berbanding USD untuk menyokong pergerakan harga menguji semula paras rintangan paling utuh sekitar 1.36400.

Paras rintangan 1.36400 terus menyangkal pergerakan harga untuk melonjak lebih tinggi yang mana ia telah dipacu oleh hasil perbendaharan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun yang kekal pamer aksi cemerlang.

Memasuki sesi Asia pada pembukaan pasaran minggu ini (Isnin), harga kembali menampilkan lonjakan untuk sekali lagi mencuba paras rintangan tersebut namun ia dilihat masih gagal untuk ditembusi.

Penguasaan matawang Pound nampaknya masih lagi terus dipandu oleh kenyataan Presiden Rusia iaitu Vladimir Putin yang ikut campur tangan untuk menyelesaikan isu harga gas di UK sebelum ini.

Namun begitu, laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada Selasa bakal menjadi rujukan kepada pelabur terhadap jangkaan Bank of England (BOE) untuk melaksanakan pengetatan dasar polisi.

Jikalau data yang diterbitkan itu pamer bacaan yang memberangsangkan, besar kemungkinan ia akan kekal memacu matawang Pound untuk terus mengukuh di kala USD yang sedang tidak tentu arah.

Dan kalau Pound terus mengukuh, tidak mustahil untuk pergerakan harga menceroboh benteng yang paling sukar ditembusi pada 1.36400 untuk menggapai zon SBR (support become resistance) 1.37000.

Kenaikan yang lebih tinggi mencapai zon SBR 1.37000 akan lebih meyakinkan para pelabur untuk harga GBP/USD mengekalkan trend bullish dan zon SBR 1.38000 akan menjadi tumpuan untuk dituju pula.

Walau bagaimanapun, sekiranya tiba-tiba USD kembali memberi kejutan untuk mengukuh berbanding Pound, pergerakan harga dijangka akan menyusut semula dan menembusi paras 1.36000.

Penyusutan lebih rendah melepasi paras 1.36000 akan menyaksikan harga kembali menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.35000 dan bakal mencatas jangkaan untuk lonjakan harga yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat