Powell Masih Skeptikal Dengan Matawang Kripto, ‘Hanya Didorong Spekulasi’

511

Dalam temuramah maya bersama The Economic Club of New York, pengerusi Federal Reserve (The Fed), Jerome Powell memberitahu matawang kripto secara umumnya menjadi tumpuan sebagai pertaruhan terhadap peningkatan harganya dan masih belum mencapai status sebagai mekanisme pembayaran.

“Matawang kripto benar-benar didorong spekulasi. Ia tidak digunakan sebagai pembayaran secara aktif.” Powell melontarkan pandangannya.

Figura itu juga membandingkan aset digital itu dengan emas.

“Selama beribu tahun, manusia telah meletakkan emas dengan nilai istimewa yang tidak dimilikinya sebagai logam industri.”

Komen itu menarik perhatian sektor kripto ketika hari yang sama penyenaraian Coinbase di Nasdaq. Dilaporkan saham Coinbase dibuka pada $381 seunit, lebih tinggi berbanding harga rujukannya, $250.

Sebelum ini, setiausaha The Fed, Janet Yellen ada mendedahkan pandangannya terhadap Bitcoin (BTC) sebagai aset spekulatif yang tinggi dan menyifatkan penggunaannya dalam transaksi tidak efisien.

Ketika penulisan, Bitcoin didagangkan pada $63,186, sedikit susut 0.73%. Manakala Ethereum (ETH) mencatat harga pada $2,461 denganlonjakan lebih 5% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat