PREVIEW News ‘Impak Tinggi’ Minit Mesyuarat FOMC Pagi Nanti

69

Federal Reserve dalam mesyuarat terbarunya bulan lalu mengekalkan kadar faedah di paras semasa dan juga menunjukkan isyarat akan mula mengurangkan penyata imbangan dalam masa terdekat seawal September.

Selepas redanya faktor geopolitik, kini pasaran akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada 2 pagi Khamis waktu Malaysia.

Persoalannya yang harus dilihat secara teliti kali ini adalah nada ahli FOMC terhadap pergerakan inflasi semasa. Adakah ahli FOMC akan lebih hawkish atau sebaliknya dovish, dengan trend pergerakan inflasi sejak beberapa bulan lalu masih lemah?

Kita telah melihat data inflasi yang dikeluarkan Jumaat lalu yang kurang daripada jangkaan pasaran dan meletakkan potensi kenaikan kadar faedah pada Disember dalam pasaran hadapan semakin berkurangan. Jika nada komen terhadap inflasi kali ini kurang meyakinkan sudah tentu kita akan melihat kejatuhan USD dan begitu juga sebaliknya. Beri tumpuan kepada sama ada terdapat penekanan terhadap kelemahan inflasi sejak beberapa bulan lalu sama ada ia disebabkan faktor sementara ataupun isyarat kelemahan inflasi dalam tempoh yang lebih lama.

Beri tumpuan juga kepada komen bank pusat terhadap pengurangan penyata imbangan (shrinking the balance sheet) yang mana pegangan bon berjumlah $4.5 trillion. Pasaran ketika ini mahu mendapatkan isyarat yang lebih jelas tentang masa dan berapa cepat bank pusat mahu mengurangkan penyata imbangan ini. Lebih pantas pengurangan ini dibuat, maknanya ia akan mengukuhkan US dolar dan begitu juga sebaliknya, walaupun ini bukanlah faktor tunggal penyebab pergerakan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat