Protes Di China ‘Kacau’ AUD/USD Untuk Sambung Kenaikan

115

Rakyat China mula bertindak mengadakan protes di beberapa bandar-bandar utama ekoran membantas dasar sifar-Covid kerana dipercayai menjadi punca 10 orang terbunuh.

Ini adalah disebabkan langkah sekatan yang dilaksanakan dikatakan menghalang usaha menyelamat mangsa yang terperangkap di bangunan kediaman yang mengalami kebakaran.

Situasi tegang di ekonomi kedua terbesar dunia itu turut memberi kesan ketara terhadap pergerakan pasaran kewangan di awal minggu.

US dolar pamerkan pengukuhan semula sementara mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand mengalami penyusutan yang sememangnya sensitif terhadap perkara buruk yang melanda ekonomi China.

Dapat diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, penurunan harga berlaku pada Isnin semalam selepas pergerakan harga pada penghujung minggu lalu menampilkan corak mendatar di zon 0.67800.

Harga jelas berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam di carta AUD/USD di awal minggu ini sebagai indikasi trend bearish.

Penurunan harga sehingga penghujung sesi New York semalam telah mencecah ke sekitar 0.66400 sebelum melantun semula pada sesi Asia pagi ini (Selasa).

China State Council akan mengadakan persidangan pada jam 3 petang waktu tempatan dengan desas-desus bahawa dasar sifar-Covid akan ditamatkan.

Ketika ini, situasi berisiko pasaran sedikit reda, namun pasaran masih kekal berhati-hati menjangkakan perkara lebih buruk boleh berlaku.

Kenaikan semula harga diliaht menguji paras tumpuan 0.67000 selain terhalang oleh paras MA50 untuk pelabur menilai petunjuk bagi pergerakan harga selanjutnya.

Jika harga menyambung semula penurunan hari ini, melepasi paras yang dicecah sebelum ini pada 0.66400 kemudiannya akan menguji paras sokongan minggu lalu sekitar 0.65900.

Penurunan lanjut yang diteruskan bakal menguji pula zon RBS (resistance become support) pada 0.65400.

Namun, jika risiko semakin reda, harga boleh menyambung corak kenaikan di sesi Asia sebentar tadi sebelum zon rintangan 0.67800 akan diuji sekali lagi minggu ini setelah gagal tembusi pada minggu lepas.

Kenaikan yang berjaya diteruskan akan catatkan paras ketinggian terbaru 11 minggu dengan sasaran berikutnya untuk dituju adalah pada 0.68400 dan 0.69000.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat