Inflasi Eropah Turun? Ini Komen Presiden ECB Lagarde!

117

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde tidak terkecuali untuk memberi petunjuk mengenai lanjutan kenaikan kadar faedah akan datang yang mengatakan inflasi Zon Eropah masih belum memuncak.

Kenyataan beliau hadir bagi menjawab persoalan mengenai kemungkinan bahawa bank pusat itu akan melaksanakan kenaikan lebih perlahan pada penetapan dasar seterusnya.

Inflasi di Zon Eropah mencecah rekod 10.6% tahun ke tahun pada bulan Oktober, dengan penganalisis meramalkan ia telah turun kepada 10.4% dalam data anggaran awal untuk November yang akan dikeluarkan minggu ini.

Namun bertentangan dengan jangkaan tersebut, Lagarde mengatakan beliau tidak melihat bahawa inflasi telah mencapai kemuncaknya dan ia akan menurun dalam tempoh yang singkat.

Malah, para pembuat dasar ECB masih melihat peningkatan risiko yang jelas bahawa bacaan inflasi boleh meningkat lebih tinggi daripada jangkaan.

ECB telah menaikkan kadar faedah sebanyak 200 mata asas kepada 1.5% dalam tempoh tiga bulan untuk mengekang inflasi.

Berbeza dengan Federal Reserve (Fed), ECB memulakan langkah pengetatan lebih lambat daripada yang sepatutnya dan ia kini berusaha untuk meneruskan pendekatan yang agresif untuk menurunkan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat