RBNZ Terus Garang Naikkan Kadar Faedah!

131

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) menepati jangkaan pasaran dengan menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas kepada 4.75% pada mesyuarat polisi pertamanya untuk tahun ini.

Berikut merupakan beberapa kata kunci utama yang diambil daripada mesyuarat tersebut.

  • Penggubal dasar setuju pengetatan perlu diteruskan lagi.
  • Walaupun terdapat tanda-tanda awal tekanan harga menurun, tetapi inflasi teras kekal terlalu tinggi.
  • Pasaran pekerjaan masih kukuh.
  • Penggubal dasar akan melihat data-data yang masuk dan kesan langsung daripada taufan Gabrielle yang melanda negara.
  • RBNZ kekal menjangkakan kadar faedah memuncak pada 5.5%.
  • Bank pusat jangka inflasi tahunan 4.2% menjelang Mac 2024 berbanding 3.8% sebelumnya.
  • Penggubal dasar kekal komited untuk melaksanakan dasar monetari.

Ekoran daripada kenyataan di atas, dapat dilihat bahawa bank pusat New Zealand masih hawkish dalam menetapkan dasar monetari terbarunya.

Ini telah memacu lonjakan dolar New Zealand susulan keputusan dikeluarkan, sebelum ia kembali mengurangkan keuntungan untuk didagangkan sekitar harga 0.6225 berbanding US dolar pada sesi Asia.

Berminat untuk tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! ~ Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat