Ringgit Makin Hilang Taring, Susut Empat Hari Berturut-Turut

658

Hari ini, mata wang Ringgit Malaysia (RM) dibuka kukuh berbanding dolar AS pada sesi pembukaan Jumaat di saat berlakunya perkembangan positif dalam pasaran pertukaran mata wang asing Asia.

Tepat jam 9.15 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6660/6700 berbanding dolar AS berbanding 4.6720/6765 penutupan semalam.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata risiko bertambah baik selepas perhatian tertumpu ke arah yen Jepun apabila Bank Of Japan (BOJ) dilihat akan mengubah haluan mereka tidak lama lagi selepas mengekalkan dasar akomodatif secara berlebihan.

Kadar inflasi Jepun secara konsisten telah melebihi sasaran dua peratus dengan headline dan CPI teras masing-masing pada 3.2% dan 2.7% pada bulan Oktober.

Oleh itu, Afzanizam berkata terdapat kenaikan ketara yen Jepun sejak akhir-akhir ini kepada ¥144.15. Hal ini berlaku kerana Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada minggu depan ketika mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bersidang pada 12-13 Disember.

Sehubungan itu, ringgit akan teruskan kestabilannya untuk hari ini sekitar RM4.67 hingga RM4.68 berbanding dolar AS.

Ringgit kini didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama dunia seperti yen Jepun susut kepada 3.2632 dan euro kepada 5.0359 berbanding semalam. Namun, ia sedikit kukuh berbanding pound Britain kepada 5.8778.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang Asean lain seperti baht Thailand yang susut kepada 13.2916, dolar Singapura kepada 3.4912 dan rupiah Indonesia kepada 300.6. Tetapi, ia sedikit kukuh berbanding peso Filipina dengan naik kepada 8.42 daripada semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat