Ringgit Sedikit Lemah, USD Mengukuh Di Saat Naratif Pemotongan Kadar Semakin ‘Hambar’

161

Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan peningkatan pertaruhan bahawa AS akan menangguhkan lagi berkenaan pemotongan kadar faedahnya.

Pada jam 9 pagi tadi, ringgit susut sedikit kepada 4.7350 berbanding USD daripada penutup Rabu iaitu 4.7320.

Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran pertukaran mata wang asing (forex) menunjukkan kelebihan untuk dolar AS naik tinggi dengan Indeks Dolar AS (DXY) kukuh sebanyak 0.19% kepada 104.546 mata.

Ia memaparkan situasi pasaran lebih yakin bahawa berlakunya pendaratan lembut dalam ekonomi Amerika Syarikat berdasarkan data-data terkini.

Katanya lagi, walaupun Kadar Dana Fed telah mencapai kemuncaknya. Fed tidak akan mengubah haluannya nanti kerana mereka percaya kadar inflasi masih tinggi dan ekonominya sedang bergerak stabil.

Buat masa sekarang, titik data ekonomi AS kekal teguh dengan anggaran suku keempat terakhir 2023 lebih tinggi daripada jangkaan kepada 3.4% kadar tahunan pelarasan bermusim suku ke suku berbanding pasaran 3.2%.

Gabenor Fed AS, Christopher Waller melaporkan bahawa mereka tidak tergesa-gesa dalam mengambil langkah untuk mula melonggarkan dasar monetarinya. Beliau menekankan bahawa data ekonomi baru-baru ini menjamin penangguhan atau mengurangkan jumlah pemotongan tahun ini.

Dalam kenyataannya juga, pengukuhan ekonomi dan pekerjaan yang teguh menjadi petunjuk selanjutnya Fed untuk mendapatkan keyakinan bahawa inflasi berada pada laluan yang mampan ke arah sasaran 2%.

Sementara itu, unit tempatan susut nilai berbanding pound Britain kepada 5.9775/9850 daripada 5.9742/9805 dan susut berbanding yen Jepun pada 3.1287/1329 daripada 3.1261/1298 pada Rabu.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9815/13.0058 daripada 12.9925/13.0130 dan juga lebih tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.5079/5129 daripada 3.5112/5151 sebelumnya.

Ia hampir tidak bergerak berbanding peso Filipina, didagangkan pada 8.41/8.42 daripada 8.41/8.43 pada Rabu dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 298.5/299.1 daripada 298.3/298.8 sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat