GBP/USD Mendatar Atas Zon $1.2600 Menuju Penutup Mac

218

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kekal mendatar dalam julat sekitar 50-70 pips untuk dagangan minggu ini sebagai minggu penutup untuk Mac 2024.

Berlaku turun naik harga dalam pasaran ketika pelabur memberi reaksi terhadap petunjuk berkenaan dasar monetari bank pusat dan data-data ekonomi yang diterbitkan.

Menyokong pengukuhan US dolar, pegawai Federal Reserve (Fed) Christopher Waller menyampaikan kenyataan bernada hawkish yang mencadangkan untuk dasar monetari ketat diteruskan pada tempoh yang lebih panjang.

Data pertumbuhan ekonomi UK diterbitkan di sesi Eropah semalam menyaksikan bacaan kekal tidak berubah seperti angka sebelum ini, namun bacaan terbaru dan yang terakhir untuk pertumbuhan ekonomi suku keempat 2023 lalu untuk Amerika Syarikat (AS) catat peningkatan.

Namun US dolar dilihat gagal untuk teruskan pengukuhan di sesi New York setelah bergerak kukuh pada sesi sebelumnya itu.

Pada carta GBP/USD, harga dilihat kekal berlegar di atas zon 1.26000 sejak harga memulakan dagangan di sekitar tersebut pada pembukaan awal minggu.

Pada Khamis semalam, harga ditekan jatuh untuk menembusi 1.26000 namun kembali melantun semula sehingga mencapai paras 1.26500.

Harga kemudiannya kembali berundur untuk menutup dagangan sesi New York sekitar paras 1.26200 dan berlegar di sekeliling garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Arah pergerakan harga belum jelas namun sekiranya berlaku penurunan, paras 1.26000 akan terus diuji untuk ditembusi sekali lagi.

Jika berjaya, corak pergerakan bearish bakal dipaparkan dengan sasaran penurunan lebih rendah harga untuk menuju 1.25000.

Sebaliknya jika harga berjaya paparkan lantunan lebih tinggi di sesi-sesi terakhir minggu ini, kenaikan harga akan dijangkakan untuk mencapai paras tumpuan 1.27000 yang berada pada zon penting.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat