Berita Baik Punya, Google Integrasikan Data BTC!

815

“Google pun dah masuk dunia kripto, mungkin lepas ni akan ada lebih banyak lagi firma gergasi yang sertai.”

Demi buat kemajuan ketara dalam dunia mata wang kripto, Google menyepadukan data Bitcoin (BTC) terus ke dalam search engine sebagai sebahagian daripada langkahnya yang ingin ke arah pengiktirafan arus perdana aset digital.

Selain pelabur dapat buat keputusan termaklum, perkembangan itu juga bukan sahaja boleh memudahkan proses pengguna yang berhasrat cari maklumat masa nyata mengenai kripto malah terus peroleh maklumat tentang perkembangan dalam pasaran kripto dengan lebih cekap.

Suka dimaklumkan Google juga menyepadukan dengan Ethereum Name Service (ENS) untuk meningkatkan keterlihatan dan kebolehcapaian kepada pengguna kripto terutamanya mereka yang terlibat dalam transaksi Ethereum (ETH).

Pengguna turut mempunyai akses lebih besar pada maklumat kripto yang penting, tetapi sesetengah yang melaporkan kebolehubahan dalam ketersediaan telah mencadangkan potensi peningkatan dalam pengalaman pengguna mungkin diperlukan untuk penyepaduan lancar.

Sungguhpun momentum pasaran kripto masih volatile, BTC tetap mengekalkan kedudukannya sebagai kripto dominan susulan melihat aktiviti perdagangan konsisten yang menunjukkan minat berterusan daripada pelabur dan pedagang.

Dalam 24 jam lalu, BTC yang berdagang di atas $70,000 telah mencerminkan sifat dinamik pasaran kripto termasuk membentangkan peluang kepada pelabur untuk memanfaatkan pergerakan harga.

Pada sisi berbeza, bahagian cloud teknologi Google pantas bertindak menyertai blockchain Flare sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menjadi validator dan penyedia infrastruktur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat