Ripple Beli Syarikat Swiss Ini Dengan Nilai $250 Juta!

278

“Wow sejak kebelakangan ini ada je berita positif tentang Ripple.”

Berita terkini ini pasti mengejutkan komunitinya apabila syarikat pembayaran Ripple Labs Inc dilaporkan memperoleh syarikat mata wang kripto berpangkalan di Switzerland iaitu Metaco dengan harga $250 juta.

Pemerolehan tersebut yang menjadikan Ripple sebagai pemegang saham tunggal Metaco telah diselesaikan melalui gabungan ekuiti dan tunai, ulas jurucakap syarikat pembayaran tersebut.

Melalui teknologi Metaco yang memudahkan penyimpanan dan pengurusan aset digital, Ripple akan mengembangkan lagi perkhidmatannya dengan menawarkan penjagaan, pengeluaran dan penyelesaian kripto kepada pelabur institusi.

Suka dimaklumkan bahawa banyak syarikat seperti Citi, BNP Paribas dan Societe Generale telah berjaya membangunkan modal perniagaan baharu bersandarkan perkhidmatan ditawarkan oleh Metaco yang semakin dikenali ramai.

Rentetan itu, Ripple semestinya akan mempunyai peluang untuk membangun dan para pelabur mungkin mula lebih berani untuk melabur dalam kripto selepas ‘pendarahan’ pasaran tercetus disebabkan kejatuhan FTX tahun lepas.

Menurut Brad Garlinghouse, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple sungguh percaya permintaan penjagaan kripto di kalangan pelabur institusi akan semakin meningkat susulan mereka mula mengambil berat berkenaan bagaimana asetnya disimpan.

Namun perlu diingat pemerolehan tersebut berlaku semasa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) masih bertindak agresif terhadap bursa kripto, di mana tuntutan mahkamahnya dengan pengawal selia turut tidak mencapai keputusan sehingga sekarang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat