Rupanya Ini Sebab RBA Buat Kejutan Naikkan Kadar Faedah!

164

Menghiasi dagangan sesi Asia pada Selasa adalah terbitan laporan minit mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang pada awal bulan ini telah mengejutkan pasaran dengan menaikkan kadar faedah kepada 3.85%.

Berikut merupakan beberapa butiran mengenai perbincangan pembuat dasar tentang dasar monetari semasa:

  • Para pembuat dasar mempertimbangkan untuk berhenti seketika atau menaikkan 25 mata asas dalam keputusan kadar faedah pada Mei.
  • Kenaikan selanjutnya mungkin masih diperlukan tetapi bergantung kepada bagaimana ekonomi dan inflasi berkembang.
  • Bimbang terhadap pertumbuhan produktiviti yang lemah.
  • Terdapat kemungkinan tempoh inflasi tinggi yang berpanjangan membawa kepada perubahan dalam jangkaan.
  • Inflasi diramalkan kembali ke sasaran menjelang pertengahan 2025.
  • Jeda (pause) dalam kadar faedah pada April telah menyumbang kepada susut nilai dolar Aussie menyebabkan harga perumahan melonjak semula.
  • Oleh itu, perubahan dalam harga aset perlu dipertimbangkan semasa menilai prospek inflasi dan aktiviti.
  • RBA bertekad untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk kembalikan inflasi ke sasaran.

Susulan daripada minit yang diterbitkan dapat dilihat bahawa para penggubal dasar RBA sedikit hawkish dengan tekanan inflasi yang masih tinggi menjadi sebab kepada kenaikan kadar faedah mengejutnya baru-baru ini.

Namun, perlu diingatkan bahawa penetapan dasar seterusnya akan bergantung kepada data ekonomi yang masuk.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat