Rupanya Inilah Sebab Mengapa Harga Bitcoin Jatuh!

3,504

Sebelum ini, kita digemparkan dengan krisis pasaran terburuk dalam pasaran yang disebabkan oleh kejatuhan harga minyak. Berikutan dengan krisis tersebut, pasaran matawang kripto turut terjejas.

Bitcoin, yang merupakan matawang kripto utama dikatakan telah jatuh merudum. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pihak menganggap bahawa kejatuhan berkenaan disebabkan oleh pasaran semasa yang tidak stabil manakala ada juga yang mendakwa bahawa skim penipuan PlusToken adalah penyebabnya.

Menurut CEO firma pelaburan perbankan alternatif Wikshire Phoenix, Bill Herrmann, kejatuhan harga Bitcoin baru-baru ini hanya disebabkan oleh ketidakstabilan pasaran semasa.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakstabilan tersebut. Beberapa minggu kebelakangan ini, pasaran semasa telah dipengaruhi oleh kebimbangan akibat daripada wabak coronavirus. Oleh yang demikian, Dow Jones Industrial Average dikhabarkan mengalami kejatuhan lebih 2,000 mata pada 9 Mac.

Tambahan daripada itu, pasaran minyak juga merosot, jatuh lebih daripada 20% pada hari yang sama! Berikutan dengan itu, Bitcoin telah mencatatkan penurunan yang sama sepanjang minggu lalu iaitu jatuh dari $10,000 kepada $7,650.

CEO syarikat analisis matawang kripto, Emmanuel Goh berkata kejatuhan harga Bitcoin itu dipengaruhi oleh keseluruhan aktiviti pasaran.

Sementara itu, sesetengah pihak mendakwa bahawa skim penipuan PlusToken adalah puncanya. PlusToken merupakan sebuah skim ponzi dan beberapa orang dalangnya telah diberkas pada Jun tahun lalu. Sejak itu, timbul spekulasi bahawa beberapa ahlinya yang masih beroperasi lalu menyebabkan harga Bitcoin jatuh.

Penipuan tersebut dikatakan telah menggerakkan 13,000 Bitcoin lalu harganya jatuh dari semasa ke semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat