Rupanya Pada 2023, BTC Dah Cipta 48,000 Jutawan Kripto!

728

“Jangan pandang rendah dengan BTC, ramai dah jadi kaya disebabkannya.”

Memang tidak dinafikan pasaran mata wang kripto mengalami tahun terburuk pada 2022 apabila beberapa projek menyaksikan keruntuhan dahsyat sehingga membawa kepada kejatuhan harga Bitcoin (BTC) pada $15,000.

Bagaimanapun, harga BTC mula pulih secara beransur-ansur pada tahun 2023 dan address jutawan juga kini meningkat kepada 47,994 daripada 28,084 yang mewakili pertumbuhan mengejutkan sebanyak 170.89% sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi pemerhatian, sekitar 70,747 juta address telah memegang BTC bernilai lebih $1 juta manakala 5,331 pemegang pula berjaya mengumpul $10 juta BTC dalam wallet masing-masing.

Suka dimaklumkan bahawa harga BTC melihat kenaikan ketara sebanyak 55% sejak awal tahun ini apabila memuncak sehingga $31,005 sebelum menghadapi cabaran untuk naik semula disebabkan pengawal selia secara berterusan bertindak agresif terhadap pasaran kripto.

Sekiranya BTC meneruskan pergerakan menaik, jutawan baharu juga akan melonjak ditambah pula bilangan wallet memegang satu BTC atau lebih daripada itu telah mencecah satu juta yang membawa makna harganya berpotensi canak lebih tinggi.

Walaupun kebanyakannya berpandangan harga BTC sukar untuk naik disebabkan pelbagai faktor makroekonomi tidak memberangsangkan, aset digital itu sehingga pada masa ini nampaknya tetap diminati ramai oleh para pelabur.

Setakat penulisan ini, harga BTC menjunam sebanyak 0.15% pada paras $25,986 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $504 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 3.48% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat