Ini Reaksi Pasaran Saham Lepas Data Inflasi AS!

329

Inflasi yang terus mereda di Amerika Syarikat telah memberi sokongan tambahan buat pasaran saham untuk melonjak lebih tinggi menjelang mesyuarat dasar FOMC.

S&P 500 dan Nasdaq meneruskan kenaikan untuk ditutup pada paras tertinggi 14 bulan pada sesi terdahulu susulan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) tidak akan menaikkan kadar faedahnya.

Ini susulan bacaan indeks harga pengguna (CPI) AS yang menurun ke paras terendah dua tahun kepada 4.0% tahun ke tahun pada bulan Mei daripada 4.9% pada April.

Ketika sesi New York, S&P 500 mengukuh pada paras 4,369.02 susulan kenaikan 0.69%, manakala Nasdaq Composite menokok 0.79% kepada 14,900.85 dan Dow Jones Industrial kepada 34,212.13 selepas meningkat 0.43%.

Sementara indeks US30 pula sedikit berundur pada sekitar tahap 34,119 pada sesi Asia.

Pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi esok dan kenyataan susulan daripada Fed mengenai hala tuju dasar seterusnya.

Dalam pada itu, saham Nvidia melonjak 3.9% sekali gus membantunya menamatkan sesi dagangan dengan permodalan pasaran melebihi $1 trilion selepas pengenalan cip AI baru oleh pesaingnya AMD gagal menarik perhatian pelabur.

Selain itu, Intel Corp untung 2.5% susulan laporan pembuat cip itu sedang dalam perbincangan dengan Softbank Group untuk menjadi pelabur utama dalam tawaran awam permulaan (IPO) Arm.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat