Safe-Haven Jadi Tarikan, Ini Terjadi Pada Pergerakan USD/JPY

347

Krisis Rusia-Ukraine yang semakin tegang menjadi tumpuan dunia bersambung pada minggu ini dengan pasaran kewangan turut menerima impak yang ketara.

Jelas mendapat kelebihan dalam situasi pasaran yang berisiko seperti ini adalah aset-aset selamat dan mata wang safe-haven yang mula mencatatkan peningkatan nilainya ekoran menjadi tarikan kepada para pelabur yang dalam kebimbangan.

US dolar antara yang dilihat akan mendominasi pada minggu ini sebagai mata wang safe-haven selain disokong oleh terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) minggu lalu yang meningkat ke paras tertinggi 40 tahun.

Namun pada penutup dagangan minggu lalu, walaupun US dolar dilihat berjaya memberi tekanan terhadap beberapa mata wang utama, sebaliknya yang berlaku terhadap Yen Jepun.

Yen berjaya mendominasi ke atas raja mata wang tersebut dengan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY menjunam lebih ketara selepas kenaikan yang dicapai sebelumnya.

Pada Khamis lalu, harga telah berjaya meneruskan kenaikan sehingga ke paras 116.300 mencatatkan paras tertinggi 5 minggu sambil menguji zon rintangan yang telah dicapai pada awal Januari lalu.

Tetapi pada Jumaat, harga telah membuat penurunan semula hampir mencecah paras sekitar 115.00 sebelum menutup dagangan pada sesi terakhir minggu lalu sekitar 115.500.

Penurunan harga tersebut juga telah memberi isyarat untuk perubahan trend bearish dengan harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Aveerage 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/JPY.

Bersambung pada dagangan pembukaan pasaran minggu ini, harga mendatar di bawah paras 115.500 dengan jangkaan penurunan lebih rendah harga bakal ke paras 114.700 dan support 114.300.

Sementara itu untuk pergerakan menaik harga pula, paras rintangan pada 116.300 akan kembali menjadi sasaran jika kenaikan harga berlaku.

Melepasi semula halangan MA50 akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat