Saham Coinbase Berdarah Tanpa Henti!

192

Pelabur mungkin lihat peluang untuk tambah beli lagi saham COIN, mana tahu tiba-tiba naik tinggi tahun depan kan.”

Penutupan tahun 2022, saham Coinbase (COIN) menyaksikan penderitaan hingga ke paras terendah sepanjang masa dengan junaman 6% dalam tempoh lima hari lalu pada harga $32.40 sesaham manakala 87% selama setahun dan 23.19% sebulan lalu.

Dilaporkan juga bahawa hasil bersih COIN yang merupakan exchanger kripto ketiga terbesar telah susut sebanyak 28% pada $576 juta berbanding sebelum ini pada $803 juta berikutan krisis FTX yang melanda.

Rentetan itu, syarikat tersebut telah mengambil beberapa tindakan untuk mengukuhkan semula kewangannya dengan memberhentikan 1,100 pekerja pada bulan Jun.

Walaupun terdapat pelbagai rintangan, beberapa pelabur terkemuka seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ark Invest, Cathie Wood sungguh yakin dengan COIN.

Hal ini berikutan kerana beliau telah membeli sejumlah besar saham COIN sekitar 296,578 untuk diletakkan ke dalam dana dagangan bursa ETF syarikatnya.

Sementara itu, saham teknologi secara keseluruhannya telah menjunam dengan ketara pada tahun ini apabila penyenaraian COIN di Nasdaq Composite tergelincir 34.40%.

Namun begitu, prestasi COIN lebih memberangsangkan daripada syarikat mining, khususnya Bitcoin Riot Blockchain dan Marathon Digital Holdings masing-masing jatuh sekitar 84.96% dan 90.15% pada 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat