Saham Key Asic Lonjak 29.3%!

287

Saham Key Asic Bhd melonjak 29.3% ketika sesi dagangan aktif pagi ini berikutan unjuran teknikal yang positif yang diberikan untuk saham terbabit.

Pada pukul 9.49 pagi, saham Key Asic naik enam sen kepada 26.5 sen dengan 422.16 juta saham diniagakan.

Saham itu sebelum ini menokok ke 29 sen, paras tertingginya sejak Oktober 2017.

Menurut RHB Retail Research semalam, Key Asic dijangka akan memulakan aliran menarik daripada penggabungan baru-baru ini selepas menembusi paras rintangan pada Jumaat lalu.

Dalam catatan dagangan saham, firma terbabit berkata, sokongan ‘higher low’ yang terbentuk ketika tempoh penggabungan selama lapan minggu juga menunjukkan aliran kenaikan.

Tambah firma itu, ‘bullish bias’ muncul di atas paras rintangan bertukar sokongan (RBS) iaitu 14.5 sen.

“Saham itu berkemungkinan akan naik untuk menguji paras rintangan seterusnya iaitu 16 sen diikuti 17.5 sen.

“Dalam pada itu, ‘reversal’ di bawah paras 12.5 sen akan menafikan jangkaan ini,” ujarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat