Saksikan Pengukuhan Matawang Ini Dalam Sesi Dagangan Asia

555

Keyakinan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan dasar monetari terus kuat walaupun bacaan data inflasi AS minggu lalu memaparkan pertumbuhan lebih perlahan daripada dijangkakan.

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS, tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat 0.5% setelah naik 0.7% pada bulan April.

Bagaimanapun, dalam tempoh 12 bulan hingga Mei, indeks harga PCE teras yang dianggap sebagai ukuran inflasi kegemaran Fed, telah mencatat keuntungan terbesar sejak April 1992 dengan meningkat 3.4%.

US dolar yang pada mulanya susut, kembali diniagakan lebih kukuh pada sesi Asia hari ini, di mana indeks dolar diperdagangkan di sekitar harga 91.80 berbanding kebanyakan matawang utama.

Walaupun inflasi dijangka perlahan menjelang akhir tahun, tanda-tanda pasaran buruh yang ketat (pasaran buruh di mana majikan bersaing untuk dapatkan pekerja) membuatkan banyak pelabur bimbang terhadap tekanan harga yang didorong oleh upah.

Antara petunjuk utama indikator ekonomi minggu ini adalah, penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat yang dijangka akan menambah pekerja sebanyak 675,000 pada bulan Jun.

Sementara itu, matawang pound didagangkan di bawah tekanan ketika negara itu bergelut mengawal lonjakan kes Covid-19, lebih-lebih lagi selepas Menteri Kesihatan UK Matt Hancock meletakkan jawatan beliau dan digantikan oleh bekas Menteri Kewangan, Sajid Javid.

UK merekodkan 18,720 kes baru jangkitan pada hari Sabtu, angka tertinggi pernah dicatatkan sejak 5 Februari, dan mencatatkan 23 kematian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat