Sampai Bila GBP/USD Mampu Bertahan Daripada Menjunam?

532

Pound Sterling kekal didagangkan lemah pada pembukaan pasaran di awal minggu ini menjelang beberapa data ekonomi UK yang akan diterbitkan dan bakal mempengaruhi pergerakan Pound.

Pelabur berhati-hati untuk terbitan laporan data pekerjaan UK pada sesi Eropah sebentar lagi di mana akan turut diberi perhatian oleh bank pusat dalam penetapan polisi monetari.

Turut memberi tekanan terbaru terhadap Pound apabila Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan mengancam untuk menyekat eksport vaksin ke UK disebabkan isu penghantaran yang lambat dan menimbulkan masalah besar di Eropah.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat berlegar lemah di paras sokongan 1.38300 sementara US dolar gagal mengekalkan pengukuhannya susulan hasil bon AS yang kembali susut.

Namun, harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend yang masih bearish.

Penurunan harga lebih rendah akan dijangkakan melepasi zon sokongan 1.38000 sebelum harga menuju ke zon support lebih rendah sekitar 1.37000.

Penurunan berkemungkinan pada kadar perlahan sekiranya US dolar belum mendapat rentak untuk menyambung pengukuhan semula.

Sebaliknya jika Pound berjaya mengukuh semula, harga boleh melonjak melepasi halangan MA50 untuk isyarat terbaru permulaan trend bullish.

Kenaikan harga masih disasarkan untuk menuju zon rintangan 1.4000 yang kekal kebal untuk ditembusi setelah diuji beberapa kali sebelum ini.

Kenaikan harga yang berjaya diteruskan seterusnya dilihat akan menuju ke paras rintangan tumpuan 1.41000 dan 1.42000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat