Harga Minyak Bergerak Lemah!

268

Harga minyak bergerak lemah di tengah-tengah kebimbangan pasaran terhadap permintaan bahan bakar global yang mungkin terjejas disebabkan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Eropah dah perlambatan pelancaran vaksin.

Penularan wabak coronavirus yang cepat di Eropah, menambahkan lagi kebimbangan pasaran terhadap program vaksinasi yang lambat dan memaksa pengenaan langkah sekatan baru.

Pengguna minyak terbesar di Eropah, Jerman dijangka akan melanjutkan pelaksanaan langkah sekatan untuk membendung penularan Covid-19 hingga bulan kelima, sementara Perancis dan Itali telah memperkenalkan sekatan baru.

Sementara itu, Perdana Menteri UK Boris Johnson turut memberi amaran bahawa gelombang ketiga yang melanda Kesatuan Eropah (EU), mungkin akan merebak hingga ke Britain.

UK, yang kini menghadapi tekanan dari EU dari ancaman untuk menghentikan eksport vaksin, berisiko untuk berdepan dengan penangguhan dalam program vaksinasinya.

Hal ini telah memberi tekanan buat dagangan komoditi hitam daripada meningkat lebih tinggi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan susut di sekitar harga $64 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula merosot pada 60.98 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat