Sampai Mana EUR/USD Akan Teruskan Kenaikan?

668

Sentimen pasaran yang masih tidak memihak kepada US dolar menyaksikan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu jatuh ke paras terendah 6 minggu memberi ruang untuk mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat.

Tumpuan pelabur beralih kepada respon Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terhadap jangkaan kenaikan inflasi.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD pada awal minggu ini menyaksikan harga meneruskan kenaikan ke zon resistance minggu lalu semula di atas paras 1.21500.

Klik play ▶️ untuk dengarkan ulasan Din Dolar hari ini.

Penurunan harga dilihat pada sesi Eropah semalam, namun harga yang menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan juga paras harga 1.21000 kembali menyambung lonjakan.

Pelabur masih melihat harga bergerak dalam trend bullish dengan jangkaan untuk mencapai paras lebih tinggi pada minggu ini melepasi rintangan yang diuji minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi harga akan dijangkakan sehingga ke paras 1.22200 dan juga 1.22500.

Namun, jika harga kembali menjunam semula dari zon resistance 1.21500, penurunan harga akan menuju ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.20900-1.20550.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula paras support minggu lalu sekitar 1.20300 sebelum menuju ke paras tumpuan 1.2000.

Bagi mata wang Euro, selepas pelabur melihat angka positif yang diterbitkan pada data tinjauan iklim perniagaan Jerman semalam, tumpuan akan terarah pula pada data inflasi Eropah sebentar lagi.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat