“Saya Akan Hapuskan Pasaran Kripto Jika Jadi Kerajaan” – CEO JPMorgan

2,408

“Bukan setakat Jamie Dimon, Elizabeth Warren pun macam benci kripto.”

Jamie Dimon, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JPMorgan Chase & Co bertindak memberitahu penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) bahawa beliau akan menutup pasaran mata wang kripto jika mempunyai kuasa seperti kerajaan.

Terdahulu, Dimon pernah memanggil aset digital sebagai skim ponzi dan penipuan susulan daripada beberapa siri penggodaman dalam pasaran kripto yang telah dapat perhatian sangat tinggi daripada pengawal selia serta penggubal undang-undang AS sejak kejatuhan FTX.

Rentetan daripada itu, Senator Elizabeth Warren yang merupakan seorang Demokrat Massachusetts telah berganding bahu bersama Republikan dan pemimpin perbankan untuk menyasarkan industri kripto.

Dimon dan ketua industri lain pula termasuk Brian Moynihan dari Bank of America Corp turut berkata bahawa mereka mempunyai perlindungan untuk menghalang pengganas daripada menggunakan institusinya.

Sementara Warren berpandangan peraturan anti-pengubahan wang haram yang dipatuhi oleh bank harus diperluaskan pada aset digital juga.

Warren sebelum ini memang tidak pernah berminat untuk bekerjasama dengan CEO bank berbilion dolar, tetapi kali ini adalah soal keselamatan negara, ulasnya yang terdahulu pernah membangkitkan kebimbangan tentang keperluan peraturan untuk pemberi pinjaman utama dengan kripto.

Kritikan berulang Dimon terhadap pasaran kripto tidak meliputi teknologi blockchain susulan JPMorgan telah melancarkan JPM Coin iaitu stablecoin yang membenarkan pelanggan membuat pembayaran berasaskan blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat