Sebelum Sambung Tengok Chart, Apa Kata Baca Dulu Perkembangan Matawang Sesi Asia Ini!

49

Aussie didagang mengukuh dalam sesi ini selepas data perdagangan dikeluarkan awal pagi tadi.

Data di Australia bagi suku ketiga menunjukkan angka eksport meningkat, manakala import menurun. Pun begitu, matawang Aussie didagang stabil.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, matawang JPY meningkat 10% dan GBP menurun 0.10%.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Terdahulu di New Zealand, data imbangan perdagangan dilaporkan defisit dan meluas dari jangkaan asal.

Matawang kiwi dinilai meningkat selepas data tersebut dikeluarkan.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 98.60.

Semalam, US Dollar bergerak ke paras tertinggi selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan.

Indeks ini antara yang mencatatkan peningkatan berganda bulan ini berikutan kenyataan beberapa pegawai Fed mengenai peningkatan kadar.

Fed dikatakan bakal berhimpun pada bulan November. Tetapi peningkatan kadar pada pertemuan tersebut dianggap mustahil kerana pilihanraya presiden masih belum berakhir.

Sterling juga mencatatkan kejatuhan serta kembali pulih apabila Mark Carney mengeluarkan kenyataan bahawa BoE tidak akan mengabaikan kejatuhan matawang tersebut.

Berdasarkan kenyataan tersebut, BoE dikatakan akan mengekalkan kadar pada mesyuarat dasar minggu depan.

6000 Pekerja Diberhentikan Oleh Syarikat GLC dan MKD Tahun Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat