Selepas Lama Berdiam, Dogecoin Akhirnya Mula Menyalak!

493

Kini para pelabur memecoin terbesar di dunia Dogecoin (DOGE) tidak perlu gelisah susulan ia berjaya mendaki lebih 10% pada zon harga $0.078 dengan had pasaran di bawah $10 bilion setelah sekian lama membuat pembetulan harga.

Hal ini berikutan kerana terdapat whales yang membuat sebanyak 420 transaksi bernilai $100,000 dan mengakibatkan volum dagangannya mencapai angka diluar jangkaan iaitu $1.18 bilion.

Namun begitu, segelintir penganalisis percaya lonjakan harga DOGE berlaku disebabkan jutawan Elon Musk berkemungkinan akan menepati janjinya untuk membeli Twitter pada minggu ini.

Rentetan itu, para pelabur akan lebih berminat membuat pelaburan dalam DOGE sebanyak mungkin ekoran pembelian tersebut mampu mewujudkan transaksi DOGE di Twitter.

Diperjelaskan juga bahawa Musk bukan sahaja penyokong tegar DOGE sejak beberapa tahun kebelakangan ini, malah yakin memecoin itu mampu mengatasi Bitcoin (BTC) dalam menjalankan pembayaran harian.

Secara rekod, harga DOGE melonjak 25% dalam tempoh 48 jam lalu dengan penilaiannya meningkat pada $10 bilion.

Para penganalisis pula turut menjangkakan bahawa DOGE mampu melonjak ekoran harganya berjaya membuat penembusan daripada zon rintangan.

Malah, rintangan seterusnya berkemungkinan akan mencapai $0.88 setelah 18 bulan berada dalam momentum negatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat