Semakin Parah! Bursa Malaysia Dijangka Susut Cecah Semula Paras 1,500

602

Bursa Malaysia terus berdarah dengan mengekalkan trend penurunan apabila dibuka lebih rendah pada sesi perdagangan hari ini selaras dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Setakat 10.27 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KlCI (FBM KLCI) terus merosot 3.52 mata kepada 1,526.92 berbanding 1,530.44 semasa penutupan pada Selasa.

Lapor Bernama, indeks itu dibuka 5.81 mata lebih rendah kepada 1,524.63.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 268 daripada 168, manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,570 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 302.50 juta unit bernilai RM168.91 juta.

Menurut Malacca Securities, terjadinya sedikit lonjakan pada semalam di sektor yang terpilih sejurus kerajaan menyatakan cadangan untuk membuka tiga lagi destinasi percutian susulan jumlah kes harian Covid-19 terus catat penurunan.

Pada Selasa, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman akan turut serta dalam gelembung pelancongan domestik yang mana akan bermula pada 1 Oktober ini.

Cadangan itu serba sedikit memberi bayangan bahawa pembukaan semula ekonomi akan lebih meluas dan bakal memberi impak positif kepada sektor pemulihan seperti penerbangan, pelancongan dan pengguna.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB masing-masing meningkat lima sen kepada RM8.10 dan RM9.87, manakala Public Bank kekal pada RM4.02.

Petronas Chemicals jatuh lima sen kepada RM7.91 dan IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM6.57.

Bagi saham aktif, Tanco melonjak satu sen kepada 25 sen, Bintai Kinden menokok 4.5 sen kepada 61.5 sen dan Kejuruteraan Asastera naik dua sen kepada 39.5 sen.

Di papan indeks, FBM 100 susut 38.68 mata kepada 10,893.10, FBM 70 jatuh 16.19 mata menjadi 14,821.31 dan FBM ACE turun 18.43 mata kepada 6,997.19.

Indeks FBM Emas turun 38.66 mata kepada 11,183.74 dan indeks FBM Emas Shariah merosot 30.13 mata kepada 12,167.75.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 121.08 mata kepada 15,133.12, indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 0.02 mata kepada 196.50 dan indeks Perladangan jatuh 23.83 mata menjadi 6,260.99.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat