Sentimen Pasaran Tak Menentu, EUR/USD Mendatar Nanti Isyarat Lebih Jelas

314

Pemain pasaran kekal berhati-hati untuk dagangan minggu ini dengan sentimen pasaran yang tidak menentu membuatkan pergerakan harga juga berisiko.

Walaupun US dolar dijangka mempunyai peluang lebih cerah untuk mendominasi dalam pasaran susulan keputusan hawkish Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC yang terbaru, namun raja mata wang tersebut gagal untuk pamerkan aksi cemerlang buat masa ini.

Pengukuhan yang dipaparkan pada penghujung minggu lalu gagal diteruskan pada awal minggu ini, sebaliknya beberapa mata wang utama yang lain sudah mula meningkat semula berbanding US dolar.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD, harga yang kembali melonjak dari zon sokongan 1.12500 bergerak mendatar pada dagangan semalam.

Harga bergerak dalam julat 40 pips semalam dengan paras ketinggian 1.13000 yang dicapai pada Isnin sekali lagi diuji dan paras terendah harga adalah sekitar 1.12600.

Terdapat petunjuk awal untuk harga membuat kenaikan ke paras lebih tinggi selepas harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat perubahan trend.

Sekiranya kenaikan harga berlaku, ketinggian dicapai pada minggu lalu sekitar 1.13600 menjadi sasaran awal untuk diuji harga sebelum meneruskan kenaikan ke zon rintangan 1.14000 pula.

Sementara jika harga membuat penurunan, zon sokongan 1.12500-1.12400 menjadi zon penting untuk dinilai pelabur selepas beberapa minggu berjaya menyokong kenaikan semula harga.

Sebaliknya jika harga tembus zon tersebut, penurunan lebih rendah dijangka akan kembali semula ke zon support utama pada 1.12000 yang menjadi zon terendah harga untuk tahun 2021.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat