Bursa Kekalkan Momentum Mencanak

109

Pada jam 9.15 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.15 mata pada 1,494.74 daripada penutupan Selasa pada 1,492.59.

Indeks dibuka 0.15 mata pada 1,492.74.

Ia dibuka tinggi hasil lantunan yang didorong oleh pembelian baharu terhadap beberapa saham wajaran tinggi terpilih apabila pelabur mengambil peluang daripada harga murah.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 216 berbanding 113, manakala 208 kaunter pula tidak berubah, 1,763 tidak didagangkan dan 15 digantung.

Jumlah perolehan pada 341.47 juta unit bernilai RM123.31 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan aktiviti pembelian selamat akan muncul dan menaikan KLCI ke paras 1,500.

Selain itu, firma tersebut menggariskan pelabur akan beralih dari sektor kesihatan dan memberi fokus kepada saham bertemakan pemulihan seperti hospitaliti dan penerbangan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) kekal pada RM8.14, Publlic Bank Bhd naik 2 sen pada RM4.10, IHH Healthcare dan CIMB Group Holdings Bhd masing-masing tambah 1 sen pada RM6.54 dan RM5.34 sementara Petronas Chemicals Bhd (PetChem) capai 1.5 sen pada 97.5 sen.

Saham aktif memperlihatkan ATA IMS Bhd pacu 3 sen pada 72 sen, SMTRACK Bhd dan Bintai Kinden Corp Bhd capai 3 sen pada 11 sen dan 24.5 sen sementara Swift Haulage naik 1.5 sen pada 97.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 24.31 mata pada 10,859.73, indeks FBMT 100 tambah 24.08 mata pada 10,567.56 dan indeks FBM Emas Shariah canak 23.98 mata pada 11,637.42.

FBM 70 naik 70.30 mata pada 13,911.16 dan FBM ACE turun 20.81 mata pada 6,193.56.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mengurang 0.19 mata pada 194.07, indeks Perkhidmatan Kewangan mencapai 15.94 mata pada 15,304 dan indeks Perladangan memacu 4.80 mata pada 6,379.53.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat