Sentimen Pasif Pada Matawang Utama Sehingga Pembukaan Sesi Pasaran Eropah

254

Sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah hari ini, pergerakan pasaran dilihat agak pasif selepas dagangan bergelora pada Selasa dengan isu perang dagang serta ketidaktentuan politik di Eropah yang menggerakkan pasaran.

Risiko terhadap kemelesetan ekonomi kembali membelenggu kebimbangan di Amerika Syarikat ekoran penyongsangan hasil bon AS yang memberi isyarat kemelesetan ekonomi bakal tiba.

Dagangan dolar AS bakal diniagakan berisiko sementara kelebihan akan dimanfaatkan oleh matawang safe-haven terutamanya Yen Jepun.

Perkembangan rundingan dagang AS-China juga turut dilihat goyah selepas Kementerian Luar China menafikan laporan sebarang panggilan yang dihubungi oleh China kepada Amerika untuk kembali ke meja rundingan selepas kedua-dua negara tersebut telah meningkatkan tambahan tarif ke atas barangan import sesama mereka.

Perkembangan di Itali, hari ini adalah tarikh akhir untuk pembentukan kerajaan baru Itali dan Parti Demokratik memberikan jangkaan optimis untuk Giuseppe Conte kembali menjawat jawatan Perdana Menteri Itali semula.

Sementara isu Brexit pula masih mengekalkan jangkaan positif pasaran selepas parti pembangkang bersetuju untuk menggunakan undang-undang bagi menghalang situasi Brexit tanpa perjanjian terus berlaku.

Sesi pasaran Asia pagi ini menyaksikan penurunan pada dagangan dolar Australia. Selain dibebani faktor kebimbangan terhadap perang dagang AS-China, data kerja-kerja pembinaan yang telah siap di Australia mencatatkan kadar yang menurun kepada 3.8% pada suku kedua.

Dagangan komoditi termasuk emas dan minyak mentah tidak menunjukkan perubahan yang ketara dalam pergerakan pasaran pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat