Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

470

Penguatan US dollar sedikit reda pada Khamis sehingga menyebabkan greenback jatuh dari paras tertinggi empat bulan lalu berbanding beberapa matawang yang lain. US dollar kini berada di sekitar paras tertinggi 10 minggu yang lalu dengan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS telah melepasi paras 3.0%.

Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS (US10-year Treasury Yields) berjaya mencapai parasa tertinggi 3.035% pada Rabu dan kini jatuh ke paras 3.009% setakat pada pukul 3.11 petang. Peningkatan hasil-bon ke paras lebih tinggi iaitu 3.041% pula akan membawa penanda aras ini ke paras tertinggi sejak Julai 2011.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain hampir tidak berubah dengan hanya susut 0.07% setakat pada pukul 3.14 petang.

Major pair EUR/USD  naik 0.14% dengan GBP/USD naik 0.05%. USD/JPY pula jatuh 0.14%, USD/CAD jatuh 0.09% dan USD/CHF naik 0.01%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.09% dan jatuh 0.07% setakat ini.

Tiada matawang yang jelas dilihat kukuh pada awal sesi Eropah dengan kebanyakan pair bergerak mendatar. Namun matawang paling lemah adalah NZD dan yang paling kuat adalah Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/NZD naik sebanyak 0.19% setakat ini.

Matawang bergerak mendatar pada Khamis menjelang pengumuman polisi monetari terbaru European Central  Bank (ECB) pada pukul 7.45 malam. Ini adalah tumpuan utama pasaran pada hari ini dan diikuti sidang media Mario Draghi pada pukul 8.30 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat