PREVIEW News Besar Matawang Euro : Pergerakan Besar EUR/USD Malam Ini?

2,255

Forex trader hari ini akan fokus kepada news besar daripada Eropah iaitu mesyuarat ECB yang dijangka akan mengumumkan polisinya pada pukul 7.45 malam, seterusnya diikuti dengan sidang media Mario Draghi (Presiden ECB) pada pukul 8.30 malam.

Pair EUR/USD bergerak dalam tren menaik yang jelas dilihat sepanjang tahun 2017. Salah satu sebab utama kenaikan ini adalah jangkaan pasaran terhadap ‘tapering’ oleh European Central Bank (ECB) disebabkan data-data ekonomi Zon-Eropah yang memberangsangkan.

Namun pair Euro dilihat bergerak ranging khususnya pair EUR/USD sejak daripada awal tahun 2018 di mana matawang Euro kehilangan momentum kenaikannya selepas data-data ekonomi menunjukkan bacaan yang kurang memberangsangkan.

Euro agak tertekan sejak akhir-akhir ini disebabkan jangkaan terhadap komen dovish yang mungkin diberikan oleh bank pusat pada malam ini. Jangkaan ini adalah berdasarkan komen-komen yang diberikan oleh ahli-ahli ECB baru-baru ini khususnya dalam minit mesyuarat yang lepas. Hal ini menyebabkan pasaran merasa sedikit ragu untuk terus membeli matawang Euro.

Apa yang telah berlaku selepas mesyuarat lepas?

  • Kadar faedah masih dikekalkan di paras 0.00% seperti yang dijangka
  • ECB menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi GDP, tetapi menurunkan ramalan inflasi.
  • ECB melihat risiko oleh protectionism AS
  • Akomodasi polisi masih perlu untuk mengekalkan momentum inflasi.

Matawang Euro tertekan pada 12 April lalu, selepas minit mesyuarat ECB. Bank pusat Eropah (ECB) menunjukkan bahawa kenyataan mereka dalam polisi monetari sebelum ini tidak patut disalah anggap. “Perubahan kepada perkataan itu tidak patut disalah anggap sebagai satu perubahan arah polisi monetari.”

Bukan itu sahaja, ECB juga mengutarakan kebimbangan mereka terhadap perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menunjukkan potensi kesan negatif kepada kekuatan matawang Euro.

“Pergerakan terbaru matawang Euro lebih banyak berkait dengan kejutan polisi monetari, termasuk komunikasi, dan kurang kepada perkembangan ekonomi secara makro. Hal ini menunjukkan kenaikan kadar tukaran berkemungkinan memberi kesan negatif kepada inflasi.”

Jelas di sini keseluruhan minit mesyuarat ECB dinilai sebagai dovish yang telah menyebabkan matawang Euro jatuh sejak akhir-akhir ini.

Apa yang boleh kita jangka pada malam ini?

Pasaran tidak menjangka sebarang perubahan kepada polisi monetari dalam mesyuarat kali ini. Apa yang perlu diteliti malam ini adalah komunikasi yang diberikan oleh ECB khususnya Mario Draghi terutama dari segi halatuju program pembelian bon.

Walaupun ada ahli ECB sebelum ini memberikan komen optimis tentang penghapusan pembelian bon pada hujung tahun, tetapi kita masih menjangka Draghi akan bertindak berhati-hati dalam memberikan komen beliau.

Walaupun dengan komen yang berhati-hati, tetapi jika Draghi memberi petunjuk jelas tentang penghentian pembelian bon pada hujung tahun, ia dijangka akan melonjakkan matawang Euro.

Matawang Euro juga dijangka akan melonjak jika terdapat perbincangan tentang kenaikan kadar faedah di masa akan datang.

Sebaliknya, matawang Euro akan jatuh jika ahli-ahli ECB menunjukkan kebimbangan mereka tentang data-data ekonomi terbaru khususnya tentang kelemahan inflasi, dan sentimen.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat