Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

437

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama pada hari Selasa. US dolar melonjak daripada paras terendah lebih 1 minggu berikutan harapan ketegangan perdagangan global semakin memudar dan berharap ia akan menolak hasil bon US lebih tinggi.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama meningkat 0.1 peratus kepada 92.638 daripada paras terendah sejak Mei 2 yang dikecapi semalam iaitu pada 92.243.

Hasil bon US 10-tahun mencatat bacaan 2.999 peratus pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia.

Hasil bon US 10-tahun semakin meningkat berikutan ketegangan perdagangan semakin pudar didorong oleh ucapan Trump yang menjamin untuk membantu syarikat telekomunikasi China ZTE. Dimana syarikat tersebut telah didenda kerana menyalurkan barangan US ke Iran.

Indeks US dolar telah mencatat paras tertinggi 4 minggu lalu pada minggu lepas berikutan peningkatan dalam hasil bon US yang akhirnya menyebabkan jurang antara US dan ekonomi negara membangun. Namun matawang US dolar mula menyusut selepas data inflasi yang dikeluarkan agak lemah menyebabkan terdapat kesangsian adakah the Fed akan meningkatkan kadar faedah sebanyak 4 kali pada tahun 2018.

Menurut penganalisis Stephen Innes, beliau optimis bahawa matawang US dolar akan kekal positif kecuali terdapat data positif yang dikecapi oleh negara selain US atau kenyataan bank pusat Eropah, ECB yang bernada hawkish.

Matawang euro meningkat 0.1 peratus kepada $1.1934 namun masih dibawah paras terendah hari Isnin setakat jam 9.50 a.m. Euro mengukuh pada hari Isinin selepas pembuat dasar ECB, Villeroy de Galhau mengatakan terdapat tanda-tanda berkenaan kadar faedah dan pembelian bon.

USD/JPY mengukuh sebanyak 0.04 peratus kepada 109.70 pada hari Selasa dalam sesi dagagan Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat