Sentimen Terkini Pasaran Forex Selepas Kejatuhan Besar Saham Wallstreet Semalam

549

US dollar meneruskan kenaikannya pada Rabu yang semakin hampir dengan paras tertinggi empat bulan lalu berbanding beberapa matawang yang lain. Hasil Bon 10-tahun kerajaan AS (US 10-yr Treasury yield) adalah pemangkin utama kenaikan US dollar sejak minggu lalu dengan kenaikan yang melepasi paras 3% setakat pada awal sesi London hari ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.28% setakat pada pukul 3.16 petang. Namun, dalam pasaran saham Wallstreet merekodkan kejatuhan yang besar dengan ketiga-tiga indeks-indeks saham jatuh sehingga hampir 2% pada Selasa.

Major pair EUR/USD  jatuh 0.30% dengan GBP/USD jatuh 0.27%. USD/JPY pula naik 0.32%, USD/CAD naik 0.23% dan USD/CHF naik 0.33%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.49% dan 0.56%.

Matawang paling kuat pada awal sesi Eropah adalah US dollar dan paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/USD jatuh sebanyak 0.56% setakat ini iaitu kejatuhan yang terbesar berbanding pair matawang yang lain.

Matawang US dollar membuat kenaikan berterusan (rally) sejak minggu lalu apabila Hasil Bon 10-tahun kerajaan AS (US 10-yr Treasury yield) mula melonjak sehingga hari ini. Bukan itu sahaja, faktor sentimen pasaran yang semakin reda juga banyak membantu kenaikan US dollar. Isu Syria dan perang dagangan AS-China juga mula reda sejak minggu lalu dengan tiada komen-komen baru dari Trump.

Kenaikan Hasil Bon kerajaan AS dalam masa yang sama kejatuhan indeks saham Wallstreet sedikit membingungkan. Kejatuhan Wallstreet terjadi dengan tiada sentimen buruk dalam pasaran ketika ini, di mana matawang safe-haven juga tidak menguat dengan signifikan.

Kejatuhan Wallstreet berkemungkinan disebabkan pasaran yang bimbang dengan prospek kadar faedah yang lebih tinggi di Amerika Syarikat di masa akan datang dengan kenaikan kadar faedah jangka panjang seperti ‘Hasil Bon 10-tahun kerajaan AS’. Kenaikan kadar faedah sebenarnya akan menjadikan kos pinjaman di Amerika Syarikat menjadi semakin mahal dan membimbangkan perniagaan di negara ekonomi terbesar dunia itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat