Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Awal Pembukaan Sesi Asia

267

US dolar melemah berbanding enam matawang utama didorong oleh pengukuhan matawang sterling pada awal pagi hari ini. Hal ini kerana UK dan Kesatuan Eropah telah mencapai persetujuan berkenaan tempoh peralihan selepas Brexit.

US dolar yang sebelum ini mengukuh berbanding matawang utama dan kini jatuh sebanyak 0.02% kepada paras 89.45 setakat jam 11.30 pagi.

Ahli-ahli FOMC dijangka akan membuat undian pada hari Rabu berkenaan kenaikan kadar faedah buat pertama kali. Dalam masa yang sama terdapat kemungkinan bahawa kadar faedah akan dinaikkan sebanyak 4 kali berbanding pelan asal iaitu 3 kali. Kenyataan telah  memberi kesan terhadap pergerakan matawang US dolar.

Kejatuhan US dolar juga disebabkan kenaikan pair GBP/USD sebanyak 0.65% kepada paras $1.4038 selepas UK dan EU mecapai persetujuan berikutan tempoh peralihan selepas Brexit. Pasaran semakin optimis bahawa rundingan Brexit semakin lancar.

Selain itu, kejatuhan US dollar juga dipengaruhi oleh kenaikan pair EUR/USD sebanyak 0.35% kepada $1.2345.

Pair USD/JPY jatuh 0.15% kepada paras Y105.84 dan namun pair tersebut telah kembali meningkat kepada paras Y106.28.

Dalam masa yang sama pula pair USD/CAD jatuh kepada paras C$1.3075 di sebabkan terdapat tanda-tanda positif dalam rundingan NAFTA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat