Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

377

Pergerakan pasaran untuk dagangan Isnin permulaan minggu ini dilihat agak perlahan menjelang data tumpuan utama yang menjadi perhatian pelabur adalah pengumuman kadar faedah pada mesyuarat FOMC Khamis nanti. Buat masa ini, pergerakan harga sehingga awal sesi Eropah menunjukkan berlaku aktiviti pengambilan untung ke atas posisi jualan minggu lalu berikutan kebimbangan pelabur menjelang mesyuarat FOMC. Jangkaan pasaran adalah bank pusat akan menaikkan kadar faedah namun menjelang pengumuman kadar faedah kali ini, pelabur melihat kepada beberapa faktor yang menjejaskan keyakinan terhadap jangkaan kenaikan tersebut. Di samping kenyataan bernada dovish daripada komen terbaru oleh bank pusat, antara faktor lain yang dilihat pasaran adalah risiko politik di Amerika Syarikat di mana Presiden Donald Trump mengancam penutupan kerajaan AS selepas mencatatkan rekod defisit bulanan terbesar yang tidak digemari oleh beliau.

Perkembangan pada zon Eropah, European Central Bank (ECB) dijangka akan melanjutkan kenaikan kadar faedah jika pertumbuhan ekonomi lebih perlahan daripada jangkaan namun keputusan akan didorong oleh data-data ekonomi. Jika pertumbuhan ekonomi zon Eropah kekal bergerak perlahan, dijangka kadar faedah akan terus dikekalkan pada kadar yang rendah untuk tempoh masa yang panjang bergantung pada kesihatan ekonomi dari masa ke masa. Data inflasi (CPI) zon Eropah untuk bulan November yang dikeluarkan jam 6 petang tadi menunjukkan bacaan tidak mencapai jangkaan pasaran dan data imbangan dagangan (trade balance) juga turut mencatatkan kemerosotan.

Perkembangan Brexit pula, Kesatuan Eropah menolak sebarang cadangan tambahan berkenaan isu sempadan Ireland dan menjelang cuti tahunan sempena hari Krismas, rundingan dijangka akan dilanjutkan sehingga Januari tahun hadapan. Dengan tempoh akhir rundingan yang semakin hampir iaitu pada bulan Mac, tekanan akan terus dirasai oleh penggubal undang-undang memasuki fasa-fasa akhir rundingan. Ketidaktentuan Brexit akan terus memberi kesan kepada ekonomi Britain dimana laporan sentimen pasaran perumahan di sana juga turut terjejas. Sekiranya terdapat petunjuk bahawa Parlimen Britain akan menolak pelan perjanjian Theresa May, pasaran dijangka akan memberikan reaksi berimpak besar khususnya pada matawang Sterling dan juga Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat