Serangan Pengganas London Bridge Membantutkan Pergerakan Pound?

789

Polis UK telah menembak mati seorang suspek yang disyaki terlibat dalam satu serangan yang disifatkan sebagai serangan pengganas di London Bridge pada hari Jumaat lalu. Suspek yang berusia 28 tahun, iaitu Usman Khan dinamakan sebagai dalang di sebalik serangan tikaman yang telah meragut dua nyawa itu dan menyebakan tiga kecederaan.

Suspek dipercayai bertindak bersendirian apabila dia bertindak menikam dua mangsa sehingga mati. Dalam kejadian tersebut, siasatan polis turut mendapati bahawa suspek memakai vest yang bersertakan alat letupan palsu.

Menurut Polis Metropolitan London di UK, suspek pernah disabitkan dengan kesalahan berkaitan keganasan pada tahun 2012 dan dibebaskan dari penjara pada Disember 2018 dengan parol.

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum pilihan raya umum UK diadakan, serangan ini telah mencetuskan kembali memori terhadap peristiwa serangan pengganas pada Jun 2017 di mana ia melibatkan tiga orang pengganas yang telah membunuh lapan nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya 48 mangsa.

Berikutan insiden itu, Perdana Menteri Boris Johnson berjanji akan mengambil sikap yang lebih tegas terhadap jenayah dan keselamatan sekiranya dipilih semula dalam pilihan raya dan turut menyalahkan kerajaan Parti Buruh sebelum ini yang mengubah undang-undang pada tahun 2008 yang membolehkan pembebasan awal banduan.

PM Johnson juga mengarahkan perkhidmatan keselamatan untuk meningkatkan pemantauan ke atas pengganas yang dibebaskan dari penjara. Tindakan ini telah membuka peluang untuk parti pembangkang lain menuduh beliau cuba mempergunakan serangan London Bridge demi meraih kepentingan politiknya.

Sementara itu, dagangan matawang pound yang kebelakangan ini telah mengalami turun naik akibat ketidakpastian menjelang pilihan raya UK, menunjukkan reaksi dengan pound diniagakan mendatar berbanding euro dan dolar USD pada dagangan awal minggu di sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat