Setelah Beberapa Minggu Buat Penurunan, GBP/USD Mendatar Untuk Minggu Terakhir 2022

64

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat berlegar dalam julat 100 pips antara paras $1.2100 hingga $1.2000.

Setelah memaparkan corak penurunan untuk beberapa minggu sebelum ini, harga mula perlahan dan dijangka mengakhiri penghujung 2022 dengan lebih mendatar.

Dengan kekurangan data-data ekonomi tumpuan serta bank-bank juga ditutup bermula sambutan Krismas dan menjelang tahun baru, dilihat akan menyukarkan pelabur menilai arah pergerakan harga.

US dolar pada mulanya dilihat disokong positif oleh berita pembukaan ekonomi China kemudiannya dihadkan oleh kebimbangan kenaikan kes jangkitan Covid-19.

Jika diperhatikan carta GBP/USD, harga yang membuat penurunan sejak penghujung minggu lalu terhalang di zon support 1.2000 yang berjaya melantunkan semula harga.

Begitu juga situasi yang berlaku pada Selasa dan Rabu semalam apabila harga kembali melonjak setelah menguji zon 1.2000.

Namun, masih kekal zon 1.2100 menghalang kenaikan lebih tinggi apabila harga ditekan turun semula menuju pulang ke 1.2000 di penghujung sesi New York.

Sekiranya penurunan diteruskan selepas ini berjaya melepasi zon sokongan 1.2000, harga bakal catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Paras-paras yang menjadi tumpuan sebelum ini seperti 1.19400 dan 1.18800 dijangka akan mengundang reaksi harga untuk corak penurunan yang diteruskan.

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak semula, zon 1.21000 akan kekal diperhatikan sehingga berjaya ditembusi harga.

Melepasi rintangan itu akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga menuju semula zon tumpuan sebelum ini pada sekitar 1.23000 selepas isyarat perubahan trend lebih jelas.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat